Sunday, 8 May 2011

Sambutan Hari Ibu dalam Islam

Assalammualaikum...

Sesungguhnya sambutan Hari Ibu sememangnya tidak asing lagi dalam masyarakat kita pada hari ini. Tapi persoalannya, Adakah terdapat hukum dalam meraikan Hari Ibu ini? sekiranya kita mula mengenal semula dari mana datangnya Sambutan Hari Ibu ini dan Asal Usulnya pasti kita akan memahami mengapa ianya jatuh pada hari SUNDAY (Ahad) dan apa maksud sunday itu? 

    Hari ibu ini sebenarnya merujuk kepada Mariam ibu kepada Nabi Isa as. dimana merupakan Ibu Tuhan bagi kepecayaan agama Kristian. mereka meraikan hari ibu ini bagi memperingati ibu tuhan mereka. Oleh itu soalan saya adalah, mengapa anda yang beagama ISLAM menyambut HARI IBU pada hari yang sama dimana ianya turut disambut oleh orang-orang YAHUDI dan KRISTIAN? ingatlah pesan RASULLULLAH SAW kepada kita, sesungguhnya seseorang yang menyerupai sesuatu kaum maka ia tergolong dalam kaum tersebut.

     Bagi saya tidak salah jika anda ini meraikan ibu anda. Tetapi bialah kena dengan cara islam dan tidak melanggar dengan hukum hakam islam. Sebagai seorang MUSLIM kita diwajibkan dalam agama kita untuk metaati ibu dan mengasihi kedua orang tua kita. Syurga itu terletak dibawah tapak kaki ibu. oleh itu, hendaklah kita menyambut hari ibu disetiap doa. Berdoalah dan kasihilah kedua orang tua kita pada setiap hari dan detik dalam hidup. Bukan dengan hanya meraikan hari ibu pada hari tertentu. 


untuk mengetahui lebih lanjut tentang hari ibu anda boleh la membaca di:

Muslim Manga

Assalammualaikum..

Kepada para pengemar manga (komik), saya ada berita baik untuk anda yang gemarkan membaca manga secara online. Tentu ada diantara anda yang mahukan manga berunsur keislaman kan? jadi sekarang anda tidak perlu lagi tunggu. anda boleh terus melayari internet untuk membaca Muslim Manga secara online jerp.. :D


Jom sama kita baca Muslim manga di:
http://muslim-manga.com/

p/s: selamat membaca dan berhibur ya :D

Saturday, 7 May 2011

Doa Malam Lailatul Qadar

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apa pendapat kamu sekiranya aku mengetahui (mendapati) malam lailatulqadar, apakah yang harus aku baca pada malam tersebut? Baginda s.a.w. bersabda:
"Bacalah doa: Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Pengampun dan suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah diriku)." 
(Hadis riwayat Imam Tirmizi). 

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis: 

1- Permintaan yang paling penting bagi orang Islam ialah kesuciannya dari segala dosa dan penebusan diri dari perbuatan maksiat. 

2- Galakkan supaya memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan sentiasa memohon keampunan tersebut lebih-lebih lagi pada masa yang dimakbulkan segala doa terutamanya pada malam lailatulqadar. 

3- Di antara tanda-tanda malam lailatulqadar ialah terasa lapang dada, orang Islam terasa tenang jiwa bersama Allah s.w.t, cuaca dan suasana malam dalam keadaan sederhana serta matahari terbit pada waktu pagi dengan cuaca yang putih tanpa memancarkan sinaran. 


Cintakan Dunia

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; 
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". 
H.R. Abu Daud 

Keterangan

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya. 

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t
Kitaa berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah. 


Syafa'at Dihari Kiamat

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat." (Hadis riwayat Imam Ahmad). 
 
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis: 

1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan. 

2- Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat kelak. 

 

Kelebihan Memberi Makan Dibulan Ramadhan

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut." 
(Hadis riwayat Imam Tirmizi). 
 
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis: 

1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya. 

2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam. 

3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu. 


Mengubah ciptaan Allah SWT

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda: 
"Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud). 

Kesimpulan Hadis: 

1- Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini ialah kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah s.w.t. 

2- Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya kesemuanya dengan syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai kaum perempuan.  


JIbril mengkhabarkan tentang seksaan Allah

       Nabi Zakaria as. ketika mengajar memberi nasihat supaya takut kepada Allah swt, beliau akan memandang ke kanan dan ke kiri. Apabila Nabi Zakaria mendapati anaknya, Nabi Yahya as. tidak ada maka beliau akan membaca ayat-ayat seksaan Allah swt. dan apabila Nabi Zakaria melihat anaknya ada bersama dalam majlis itu, maka beliau tidak akan membacakan ayat-ayat yang menunjukkan seksaan Allah swt.
        Pada suatu hari seperti biasa, Nabi Zakaria melihat orang ramai yang datang untuk mendengar kuliahnya, beliau melihat ke kanan dan ke kiri untuk memastikan bahawa anaknya Nabi Yahya tidak ada. Nabi Yahya tanpa pengetahuan bapanya telah memakai jubah dan menundukkan kepala sehingga tidak dapat dikenali oleh Nabi Zakaria.

         Setelah Nabi Zakaria mendapati anaknya tidak ada maka beliau pun memulakan syarahannya dengan memulakan dengan ayat-ayat tentang seksa Allah swt.

          Berkata Nabi Zakaria as. sambil menangis: "Sesunguhnya Jibril as. telah mengatakan kepadaku bahawa di dalam neraka jahanam terdapat sebuah gunung yang disebut "Sakraana" yang asalnya dari satu jurang yang bernama "Ghadhban" yang mana ianya dicipta dengan kemurkaan Allah yang Maha Rahman. Di juram itu terdapat beberapa perigi dari api dalam setiap perigi itu sejauh 200 perjalanan, di dalam perigi itu juga terdapat beberapa peti dari api dan di dalam peti-peti itu terdapat rantai dan belenggu yang banyak."

       Apabila Nabi Yahya as. mendengar syarahan ayahnya tentang seksaan itu, maka beliau pun dengan cepat bangun berlari keluar sambil menangis dengan berkata: " aduh Sakraana" aduh Ghadhbaan." Sebaik sahaja Nabi Zakaria melihat anaknya lari keluar maka beliau melompat mengejar Nabi Yahya as. diikuti Nabi Zakaria.

       Setelah Nabi Zakaria dan isterinya gagal mencari Nabi Yahya as. maka Nabi Yahya as. pun bertanya kepada pengembala kambing yang berada dekatnya: " Adakah kamu nampak seorang anak muda yang rupanya begini dan begini."

         Berkata pengembala kambing itu: "Mungkin kamu ini mencari Yahya."

        Berkata Nabi Zakaria :"Ya memang benar kami mencari Yahya."

        Berkata pengembala kambing itu lagi :"Sebenarnya Yahya ada dekat gunung itu, tetapi saya dengar Yahya sedang berkata dia tidak akan makan dan minum sehingga dia ditunjukkan tempat tinggalnya di syurga atau di neraka."

         Maka pergilah Nabi Zakaria bersama dengan isteri ke atas gunung yang ditunjukkan dan dilihatnya Nabi Yahya a.s sedang berdoa.
  
          Lalu ibu Nabi Yahya a.s lalu berkata:"Wahai anakku, demi sesuatu yg perutku mengandungkanmu sekian bulan dan demi sesuatu yang buah dadaku menyusuimu sekian lama marilah kita pulang ke rumah bersama."

          Akhirnya Nabi Yahya a.s pun turut kata ibunya, sampai di rumah, ibunya pun menyediakan makanan. Setelah Nabi Yahya makan maka dia pun tertidur. Dalam tidur Nabi Yahya telah dipanggil :"Wahai Yahya, sesungguhnya kamu telah mendapat tempat yg lebih baik dari tempat tinggal saya dan menemukan para tetangga yg lebih baik daripada tetangga saya."

         Apabila Nabi Yahya bertambah rajin melakukan ibadat kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T menurunkan wahyu yang bermaksud :"Wahai Zakaria, sesungguhnya aku telah mengharamkan neraka Jahanam ke atas kamu semua."

           Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :"Sesungguhnya mereka itu bersegeralah dalam kebaikan serta memohon kepada kami dengan gembira dan dengan takut; dan adalah mereka itu khusyuk tunduk kepada kami.  



Rujukan : Himpunan Kisah kisah Malaikat

Tanda Hari Kiamat



Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." * Sahih Bukhari*

Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." * Sahih Muslim*

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a*

Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" * Ibnu Majah*

Menghias masjid dan membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" * Riwayat Nasai.*

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." * Riwayat Ahmad dan Hakim*

Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." * Riwayat Ahmad*

Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah duniaakan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" * Riwayat Thabrani*

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." * Riwayat Ahmad*

Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." * Riwayat Thabrani*

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" * Sahih Muslim*

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" * Riwayat Ahmad*

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai* Sahih Muslim*


Thursday, 5 May 2011

Seorang Mukmin yang enggan masuk Syurga

        Dalam sebuah hadith menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti Allah S.W.T akan memerintahkan kepada dua orang mukmin yg hadir di hadapanNYA. Seorang adalah yg taat kepada perintah Allah S.W.T sementara seorang lagi ialah yg derhaka kepada Allah S.W.T. Kedua dua mereka mati dalam keadaan beriman.

         Allah S.W.T menyuruh malaikat Ridhwan membawa orang yg taat kepada perintah Allah ke syurga dan memuliakannya dengan berfirman :" Aku merelakan dia."

       Kemudian Allah S.W.T memerintahkan malaikat Zabaniah membawa yg seorang lagi ke neraka dan Allah S.W.T memerintahkan supaya orang itu diseksa dengan seksaan yg pedih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :" Sesungguhnya org ini adalah peminum arak."

          Orang yg taat kepada perintah Allah itu sangat gembira kerana dia telah dapat masuk ke syurga dengan rahmat Allah. Apabila seorang itu hendak menjejakkan kakinya ke pintu syurga maka dia mendengar suara sahabatnya yg telah diputuskan ke neraka berkata :"Wahai sahabatku, wahai sahabatku, kasihanilah aku dan berikanlah pertolongan kepadaku."

        Apabila org itu mendengar rayuan sahabatnya itu maka dia tidak mahu masuk ke dalam syurga, malaikat Ridhwan berkata kepadanya :"Masuklah kamu ke dalam syurga dengan rahmat Allah S.W.T."

        Berkata orang itu, aku tidak mahu masuk ke dalam syurga. Bawalah aku ke dalam neraka.

    Malaikat Ridhwan berkata :"Aku tidak dapat membawa kamu ke neraka sebab Allah S.W.T telah memerintahkan aku membawa kamu ke syurga dan melayani kamu."

       Berkata org itu :"Aku tidak mahu syurga dan aku juga tidak mahu layananmu."

     Setelah itu kedengaran suara yg berkata :"Wahai Ridhwan, aku Maha Mengetahui apa apa yg ada dalam dirinya, namun demikian tanyalah kepada dirinya sendiri, dengan demikian kamu dapat mengetahui sebabnya."

       Lalu malaikat Ridhwan bertanya :"Kenapakah kamu tidak mahu masuk ke syurga, dan kenapa pula kamu hendak masuk ke neraka?"

     Berkata org itu :"Aku tidak mahu masuk ke syurga sebab org yg derhaka kepada Allah itu telah diputuskan untuk masuk ke neraka, dahulunya aku dan org yg derhaka itu adalah sahabat semasa di dunia, dia telah meminta pertolongan dari aku supaya menyelamatkannya dari api neraka. Oleh kerana aku tiada kuasa untuk berbuat demikian maka aku fikir lebih baik aku masuk ke dalam neraka supaya sama sama disiksa di dalam neraka."

     Kemudian kedengaran seruan dari Allah Yang Maha Rahman bermaksud :"Wahai hambaku, kamu dengan kelemahanmu tidak suka melihat sahabatmu itu masuk ke dalam neraka, sebab dia telah berkenalan denganmu di dunia hanya sebentar dan dia pun mengetahuimu dan menemanimu hanya beberapa hari sahaja, maka bagaimanakah aku merelakan kamu hambaku masuk neraka sedangkan kamu telah mengetahui aku selama umurmu dan telah menjadikan aku sebagai Tuhanmu selama 70 tahun. Oleh itu pergilah kamu ke dalam syurga bersama dengannya dan aku telah mengampuninya dan ku serahkan dia kepadamu."



Rujukan : Himpunan Kisah kisah Melayu 
                   

Wednesday, 4 May 2011

Pemuda Tidur Seratus Tahun

Pada suatu hari ketika Uzair memasuki kebunnya yang menghijau dengan pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya telah terpesona serta tertarik untuk memikirkan rahsia keindahan dan keajaiban alam ini.

     Sesudah memetik buah-buahan dia pun pulang dengan keldainya sambil menikmati keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga keldai yang di tungganginya sudah tersesat jalan, setelah sekian lama barulah dia sedar bahawa dia telah berada disuatu daerah yang tidak dikenali oleh beliau serta sudah jauh dari negerinya sendiri, sebaik sahaja dia sampai ke daerah itu dilihatnya kampung itu baru sahaja diserbu musuh sehingga menjadi rosak binasa sama sekali.

    Ditapak atau bekas runtuhan itu terdapat mayat-mayat manusia yang bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. melihat kejadian yang mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan membawa dua bakul buah-buahan. manakala keldainya ditambat di situ, kemudian dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah yang sudah runtuh untuk melepaskan penatnya. dalam pada itu fikirannya mulai memikirkan mayat manusia yang sudah busuk itu.

   "bagaimanakah orang-orang yang sudah mati dan hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan kembali di negeri akhirat."

   Bagitulah pertanyaan yang datang dalam fikirannya dan tidak terjawab olehnya sehingga dia menjadi lemah longlai dan kemudian terus tertidur. Dalam tidur itu dia seadakan-akan bertemu dengan semua arwah (roh-roh) orang-orang yang sudah meninggal dunia itu. Tidurnya  amat luar biasa sekali. bukan hanya sejam atau semalaman, tetapi dia telah tertidur terus menerus tanpa bangun-bangun selama seratus tahun lamanya.

   Dalam masa dia tertidur itu, keadaan di sekitarnya sudah ramai penduduk baru, rumah serta bangunan-bangunan banyak yang telah didirikan. Dalam masa seratus tahun itu segala-segalanya sudah berubah, manakala Uzair tetapi terus tidur tersandar di dinding buruk itu menjadi jasad (tubuh) yang tiada bernyawa lagi. Dngingnya sudah hancur dan tulang-berlulangnya sudah hancur lebur berderai.

     Kemudia jasad Uzair yang telah mati, dagingnya dan tulangnya yang sudah hancur itu disusun kembali oleh Allah pada bahagiannya masing-masing lalu ditiupkan rohnya. dan ketika itu juga Uzair hidup kembali seperti dahulu. Uzair lalu duduk dan terus berdiri seperti orang yang bangun dari tidur lantas dia mencari keldainya dan buah-buahannya yang di dalam bakul dahulu.

     Tidak berapa lama kemudian turunlah beberapa malaikat seraya bertanya: "Tahukah engkau ya Uzair berapa lama engkau tertidur? Tanpa berfikir panjang Uzair menjawab "saya tertidur sehari dua ataupun setengah hari," Lalu malaikat pun berkata kepadanya: "Bahawa engkau terdanpar disini genap seratus tahun lamanya. Di sinilah engkau berbaring, berhujan dan berpanas cahaya matahari,kadang-kadang ditiup badai dan hawa sejuk dan juga panas terik. dalam masa yang bergitu panjang, makanan-makanan engkau tetap baik keadaanya. tetapi cuba lihat keadaan keldai itu. dia sendiri pun telah hancur, dagingnya sudah busuk."

     Berkata malaikat lagi : "lihatlah dan perhatikanlah sungguh-sungguh .  demikianlah kekuasaan Allah, Allah dapat menghidupkan kembali orang yang sudah mati dan engembalikan jasad-jasad yang sudah hancur lebur dan dengan semudah itu pulalah Allah akan membangkitkan semua manusia yang sudah mati itu nani di hari akhirat untuk diperiksa dan diadili segala perbuatannya. hal ini diperlihatkan oleh Allah kepada engkau supaya iman engkau tetap dan engkau sendiri dapat menjadi bukti kepada manusia-manusia lain supaya engkau dan manusia-manusia lain itu tidak syak dan ragu-ragu lagi tentang apa yg diterangkan Allah tentang akhirat itu.

       Setelah Uzai melihat, makanan dan keldainya yang sudah hancur itu, maka Uzai pun berkata :" Sekarang tahulah saya bahawa Allah itu adalah berkuasa ke atas tiap tiap sesuatu." Tiba tiba keldainya yang sudah hancur dan bercerai berai itu dilihatnya mulai dikumpulkan daging dan tulangnya.Dan akhirnya menjadi seperti sedia kala iaitu hidup kembali bergerak dan berdiri sebagaimana sebelum mati. Maka Uzair pun berkata :"Sekarang tahulah saya bahawa Allah berkuasa ke atas segala galanya." Lalu dia pun terus mengambil keldainya dan terus menunggangnya pulang ke rumahnya dahulu dengan mencari cari jalan yg sukar untuk dikenali.

        Dilihatnya segala galanya telah berubah. Dia cuba mengingat kembali apa yg pernah dilihatnya 100 tahun dahulu. Setelah menempuhi pelbagai kesukaran akhirnya dia sampai ke rumahnya.

        Sebaik sahaja dia sampai ke situ, dia mendapati rumahnya telah pun buruk yg mana segala dinding dinding rumahnya telah habis runtuh. Semasa dia memandang keadaan di sekeliling rumahnya dia ternampak seorang perempuan tua, lantas dia terus bertanya :" Ini kan rumah Uzair?" "Ya" Jawab perempuan tua itu. "Inilah rumah Uzair dahulu, tetapi Uzair telah lama pergi dan tiada diketahui beritanya lagi sehingga semua org pun lupa padanya dan saya sendiri tidak pernah menyebut namanya selain kali ini sahaja." Kata perempuan itu sambil menitiskan air mata. "Sayalah Uzair." Jwb Uzair dengan pantas."Saya sudah dimatikan oleh Tuhan 100 tahun dahulu dan sekarang saya dihidupkan oleh Allah kembali."

       Perempuan tua itu terkejut seakan akan tidak percaya, lalu dia pun berkata :" Uzair itu adalah seorang yg paling soleh, doanya selalu dimakbulkan oleh Tuhan dan telah banyak jasanya di dalam menyembuhkan org yg sakit tenat."Sambungnya lagi."Saya ini adalah hambanya sendiri, badan saya telah tua dan lemah, mata saya  telah pun buta kerana selalu menangis terkenangkan Uzair. Kalaulah tuan ini Uzair maka cubalah tuan doakan kepada Tuhan supaya mata saya ini terang kembali dan dapat melihat wajah tuan."

     Uzair pun menadah kedua belah tangannya ke langit lalu berdoa kehadrat Allah. Tiba tiba mata org tua itu pun terbuka dapat melihat dengan lebih terang lagi. Tubuhnya yg lemah dan tua itu kembali kuat seakan akan kembali muda. Setelah merenung wajah Uzair dia terus berkata :"Benar, tuanlah Uzair. Saya masih ingat."

   Hambanya itu terus mencium tangan Uzair lalu kedua duanya pergi mendapatkan org ramai, bangsa Israel. Uzair memperkenalkan dirinya bahawa dialah Uzair yg pernah hidup di kampung itu lebih 100 tahun yg lalu. Berita itu bukan sahaja mengejutkan bangsa Israel, tetapi juga meragukan dan ada yg tidak percaya kepadanya. Walaupun ketika itu menarik perhatian semua org yg hidup ketika itu. Kerana itu mereka ingin menguji kebenaran Uzair. Kemudian datanglah anak kandungnya sendiri seraya bertanya :" Saya masih ingat bahawa bapa saya (Uzair) mempunyai tanda di punggungnya. Cubalah periksa tanda itu. Kalau ada benarlah dia Uzair. Tanda itu mmg ada pada Uzair, lalu percayalah sebahagian daripada mereka. Akan tetapi sebahagiannya lagi mahukan bukti yg lebih nyata, maka kata mereka kepada Uzair, bahawa sejak penyerbuan   Nebukadnezar ke atas bangsa dan negara Israel dan setelah tentera tersebut membakar kitab suci Taurat, maka tiadalah seorang pun di antara bani Israel yang hafal isi Taurat kecuali Uzair seorang sahaja. Kalau benarlah tuan Uzair cubalah tuan sebutkan isi Taurat itu dengan betul."

       Uzair pun membaca isi Taurat itu satu persatu dengan fasih dan lancar serta tidak salah walaupun sedikit. Mendengarkan itu maka barulah mereka percaya bahawa sungguh benar itulah Uzair. Ketika itu semua bangsa Israel pun percaya bahawa dialah Uzair yang telah mati dan dihidupkan semula oleh Allah. Ramai di antara mereka yang bersalam dan mencium tangan Uzair serta meminta panduan daripadanya.

        Tetapi sebahagian daripada kaum Yahudi yang bodoh menganggap Uzair sebagai anak Tuhan pula. Maha Suci Allah tidak mempunyai anak sama ada Uzair mahupun Isa, kerana semua makhluk adalah kepunyaanNya belaka.


Rujukan : Himpunan Kisah kisah Malaikat


Jarak Antara Dunia dan Akhirat

Jabir bin Abdullah berkata : "pada suatu hari sewaktu saya bersama baginda Rasullullah S.A.W, maka tiba tiba datang seorang lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya pula sangat cantik dan dia memakai pakaian yang putih.Lalu dia menghampiri Rasullullah S.A.W dengan berkata : "Assalamualaikum ya Rasullullah, apakah ertinya dunia itu?"



    Maka Rasullullah S.A.W pon bersabda : "Dunia ini adalah impian org yg tidur"
    Bertanya org itu lagi :"Apakah ertinya akhirat itu ya Rasullullah S.A.W?"
    Bersabda Rasullullah S.A.W : "Satu kumpulan manusia yang berada dalam syurga dan satu kumpulan lagi berada di dalam neraka sa'ir"



    Orang itu bertanya lagi :"Apakah syurga itu?"
    Bersabda Rasullullah S.A.W :"Sebagai ganti dunia untuk mereka yang menjauhkan dunia, kerana sesungguhnya nilai harga syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini".


    Bertanya orang itu lagi :"Apakah jahanam itu?"
    Maka sabda Rasullullah S.A.W : "Jahanam itu adalah sebagai ganti dunia bagi mereka yang mencarinya."
    Bertanya org itu lagi :"Siapakah sebaik -baik umat ini?"
    Sabda Rasulullah S.A.W : "Sebaik baik umat ialah yang taat kepada Allah S.W.T".
    Orang itu bertanya lagi :"Bagaimana yang dikatakan orang yg taat itu?"
     Sabda Rasulullah S.A.W :"Orang yg berusaha bersungguh sungguh sebagaimana org yg mencari khafilah."
    Orang itu bertanya lagi :"Seberapakah ketentuan  taat itu?"
    Sabda Rasulullah S.A.W :"Seperti kira kira perbezaan dari khafilah."
    Bertanya org itu lagi :"Berapa jarak jauhnya dunia dengan akhirat itu?"
    Sabda Rasulullah S.A.W :" Hanya sekadar memejam mata sahaja."
    Jabir melanjutkan ceritanya :"Setelah org itu pergi kami tidak lagi melihat org itu selepas itu."
   Rasulullah S.A.W bersabda :"Org lelaki yg datang tadi adalah Jibril A.S, Dia datang kepada kamu supaya kamu semua menjauhkan diri dari dunia dan supaya kamu mencintai akhirat."
   Sabda Rasulullah S.A.W :"Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menciptakan makhluk yg lebih dibenci selain dunia, bahkan dia (Allah) tidak melihatnya sejak menciptakannya."

    Dunia ini adalah satu alam khayalan yg mana satu masa nanti ianya juga akan musnah, jadi apa gunanya kita mengejar DUNIA setelah kita tahu bahawa AKHIRAT shj yg kekal.
     Gunakanlah dunia ini untuk kita mengumpul bekalan amal untuk dibawa ke akhirat, janganlah kita jadikan org bodoh, sebab org yg bodoh hanya suka mengejar dunia. Seluruh masa dan tenaganya dihabiskan semata mata untuk mendapatkan dunia.



Rujukan : Himpunan kisah kisah malaikat


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...