Pada suatu hari ketika Uzair memasuki kebunnya yang menghijau dengan pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya telah terpesona serta tertarik untuk memikirkan rahsia keindahan dan keajaiban alam ini.
Sesudah memetik buah-buahan dia pun pulang dengan keldainya sambil menikmati keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga keldai yang di tungganginya sudah tersesat jalan, setelah sekian lama barulah dia sedar bahawa dia telah berada disuatu daerah yang tidak dikenali oleh beliau serta sudah jauh dari negerinya sendiri, sebaik sahaja dia sampai ke daerah itu dilihatnya kampung itu baru sahaja diserbu musuh sehingga menjadi rosak binasa sama sekali.
Ditapak atau bekas runtuhan itu terdapat mayat-mayat manusia yang bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. melihat kejadian yang mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan membawa dua bakul buah-buahan. manakala keldainya ditambat di situ, kemudian dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah yang sudah runtuh untuk melepaskan penatnya. dalam pada itu fikirannya mulai memikirkan mayat manusia yang sudah busuk itu.
"bagaimanakah orang-orang yang sudah mati dan hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan kembali di negeri akhirat."
Bagitulah pertanyaan yang datang dalam fikirannya dan tidak terjawab olehnya sehingga dia menjadi lemah longlai dan kemudian terus tertidur. Dalam tidur itu dia seadakan-akan bertemu dengan semua arwah (roh-roh) orang-orang yang sudah meninggal dunia itu. Tidurnya amat luar biasa sekali. bukan hanya sejam atau semalaman, tetapi dia telah tertidur terus menerus tanpa bangun-bangun selama seratus tahun lamanya.
Dalam masa dia tertidur itu, keadaan di sekitarnya sudah ramai penduduk baru, rumah serta bangunan-bangunan banyak yang telah didirikan. Dalam masa seratus tahun itu segala-segalanya sudah berubah, manakala Uzair tetapi terus tidur tersandar di dinding buruk itu menjadi jasad (tubuh) yang tiada bernyawa lagi. Dngingnya sudah hancur dan tulang-berlulangnya sudah hancur lebur berderai.
Kemudia jasad Uzair yang telah mati, dagingnya dan tulangnya yang sudah hancur itu disusun kembali oleh Allah pada bahagiannya masing-masing lalu ditiupkan rohnya. dan ketika itu juga Uzair hidup kembali seperti dahulu. Uzair lalu duduk dan terus berdiri seperti orang yang bangun dari tidur lantas dia mencari keldainya dan buah-buahannya yang di dalam bakul dahulu.
Tidak berapa lama kemudian turunlah beberapa malaikat seraya bertanya: "Tahukah engkau ya Uzair berapa lama engkau tertidur? Tanpa berfikir panjang Uzair menjawab "saya tertidur sehari dua ataupun setengah hari," Lalu malaikat pun berkata kepadanya: "Bahawa engkau terdanpar disini genap seratus tahun lamanya. Di sinilah engkau berbaring, berhujan dan berpanas cahaya matahari,kadang-kadang ditiup badai dan hawa sejuk dan juga panas terik. dalam masa yang bergitu panjang, makanan-makanan engkau tetap baik keadaanya. tetapi cuba lihat keadaan keldai itu. dia sendiri pun telah hancur, dagingnya sudah busuk."
Berkata malaikat lagi : "lihatlah dan perhatikanlah sungguh-sungguh . demikianlah kekuasaan Allah, Allah dapat menghidupkan kembali orang yang sudah mati dan engembalikan jasad-jasad yang sudah hancur lebur dan dengan semudah itu pulalah Allah akan membangkitkan semua manusia yang sudah mati itu nani di hari akhirat untuk diperiksa dan diadili segala perbuatannya. hal ini diperlihatkan oleh Allah kepada engkau supaya iman engkau tetap dan engkau sendiri dapat menjadi bukti kepada manusia-manusia lain supaya engkau dan manusia-manusia lain itu tidak syak dan ragu-ragu lagi tentang apa yg diterangkan Allah tentang akhirat itu.
Setelah Uzai melihat, makanan dan keldainya yang sudah hancur itu, maka Uzai pun berkata :" Sekarang tahulah saya bahawa Allah itu adalah berkuasa ke atas tiap tiap sesuatu." Tiba tiba keldainya yang sudah hancur dan bercerai berai itu dilihatnya mulai dikumpulkan daging dan tulangnya.Dan akhirnya menjadi seperti sedia kala iaitu hidup kembali bergerak dan berdiri sebagaimana sebelum mati. Maka Uzair pun berkata :"Sekarang tahulah saya bahawa Allah berkuasa ke atas segala galanya." Lalu dia pun terus mengambil keldainya dan terus menunggangnya pulang ke rumahnya dahulu dengan mencari cari jalan yg sukar untuk dikenali.
Dilihatnya segala galanya telah berubah. Dia cuba mengingat kembali apa yg pernah dilihatnya 100 tahun dahulu. Setelah menempuhi pelbagai kesukaran akhirnya dia sampai ke rumahnya.
Sebaik sahaja dia sampai ke situ, dia mendapati rumahnya telah pun buruk yg mana segala dinding dinding rumahnya telah habis runtuh. Semasa dia memandang keadaan di sekeliling rumahnya dia ternampak seorang perempuan tua, lantas dia terus bertanya :" Ini kan rumah Uzair?" "Ya" Jawab perempuan tua itu. "Inilah rumah Uzair dahulu, tetapi Uzair telah lama pergi dan tiada diketahui beritanya lagi sehingga semua org pun lupa padanya dan saya sendiri tidak pernah menyebut namanya selain kali ini sahaja." Kata perempuan itu sambil menitiskan air mata. "Sayalah Uzair." Jwb Uzair dengan pantas."Saya sudah dimatikan oleh Tuhan 100 tahun dahulu dan sekarang saya dihidupkan oleh Allah kembali."
Perempuan tua itu terkejut seakan akan tidak percaya, lalu dia pun berkata :" Uzair itu adalah seorang yg paling soleh, doanya selalu dimakbulkan oleh Tuhan dan telah banyak jasanya di dalam menyembuhkan org yg sakit tenat."Sambungnya lagi."Saya ini adalah hambanya sendiri, badan saya telah tua dan lemah, mata saya telah pun buta kerana selalu menangis terkenangkan Uzair. Kalaulah tuan ini Uzair maka cubalah tuan doakan kepada Tuhan supaya mata saya ini terang kembali dan dapat melihat wajah tuan."
Uzair pun menadah kedua belah tangannya ke langit lalu berdoa kehadrat Allah. Tiba tiba mata org tua itu pun terbuka dapat melihat dengan lebih terang lagi. Tubuhnya yg lemah dan tua itu kembali kuat seakan akan kembali muda. Setelah merenung wajah Uzair dia terus berkata :"Benar, tuanlah Uzair. Saya masih ingat."
Hambanya itu terus mencium tangan Uzair lalu kedua duanya pergi mendapatkan org ramai, bangsa Israel. Uzair memperkenalkan dirinya bahawa dialah Uzair yg pernah hidup di kampung itu lebih 100 tahun yg lalu. Berita itu bukan sahaja mengejutkan bangsa Israel, tetapi juga meragukan dan ada yg tidak percaya kepadanya. Walaupun ketika itu menarik perhatian semua org yg hidup ketika itu. Kerana itu mereka ingin menguji kebenaran Uzair. Kemudian datanglah anak kandungnya sendiri seraya bertanya :" Saya masih ingat bahawa bapa saya (Uzair) mempunyai tanda di punggungnya. Cubalah periksa tanda itu. Kalau ada benarlah dia Uzair. Tanda itu mmg ada pada Uzair, lalu percayalah sebahagian daripada mereka. Akan tetapi sebahagiannya lagi mahukan bukti yg lebih nyata, maka kata mereka kepada Uzair, bahawa sejak penyerbuan Nebukadnezar ke atas bangsa dan negara Israel dan setelah tentera tersebut membakar kitab suci Taurat, maka tiadalah seorang pun di antara bani Israel yang hafal isi Taurat kecuali Uzair seorang sahaja. Kalau benarlah tuan Uzair cubalah tuan sebutkan isi Taurat itu dengan betul."
Uzair pun membaca isi Taurat itu satu persatu dengan fasih dan lancar serta tidak salah walaupun sedikit. Mendengarkan itu maka barulah mereka percaya bahawa sungguh benar itulah Uzair. Ketika itu semua bangsa Israel pun percaya bahawa dialah Uzair yang telah mati dan dihidupkan semula oleh Allah. Ramai di antara mereka yang bersalam dan mencium tangan Uzair serta meminta panduan daripadanya.
Tetapi sebahagian daripada kaum Yahudi yang bodoh menganggap Uzair sebagai anak Tuhan pula. Maha Suci Allah tidak mempunyai anak sama ada Uzair mahupun Isa, kerana semua makhluk adalah kepunyaanNya belaka.
Rujukan : Himpunan Kisah kisah Malaikat

0 comments:
Post a Comment