Thursday, 5 May 2011

Seorang Mukmin yang enggan masuk Syurga

        Dalam sebuah hadith menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti Allah S.W.T akan memerintahkan kepada dua orang mukmin yg hadir di hadapanNYA. Seorang adalah yg taat kepada perintah Allah S.W.T sementara seorang lagi ialah yg derhaka kepada Allah S.W.T. Kedua dua mereka mati dalam keadaan beriman.

         Allah S.W.T menyuruh malaikat Ridhwan membawa orang yg taat kepada perintah Allah ke syurga dan memuliakannya dengan berfirman :" Aku merelakan dia."

       Kemudian Allah S.W.T memerintahkan malaikat Zabaniah membawa yg seorang lagi ke neraka dan Allah S.W.T memerintahkan supaya orang itu diseksa dengan seksaan yg pedih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :" Sesungguhnya org ini adalah peminum arak."

          Orang yg taat kepada perintah Allah itu sangat gembira kerana dia telah dapat masuk ke syurga dengan rahmat Allah. Apabila seorang itu hendak menjejakkan kakinya ke pintu syurga maka dia mendengar suara sahabatnya yg telah diputuskan ke neraka berkata :"Wahai sahabatku, wahai sahabatku, kasihanilah aku dan berikanlah pertolongan kepadaku."

        Apabila org itu mendengar rayuan sahabatnya itu maka dia tidak mahu masuk ke dalam syurga, malaikat Ridhwan berkata kepadanya :"Masuklah kamu ke dalam syurga dengan rahmat Allah S.W.T."

        Berkata orang itu, aku tidak mahu masuk ke dalam syurga. Bawalah aku ke dalam neraka.

    Malaikat Ridhwan berkata :"Aku tidak dapat membawa kamu ke neraka sebab Allah S.W.T telah memerintahkan aku membawa kamu ke syurga dan melayani kamu."

       Berkata org itu :"Aku tidak mahu syurga dan aku juga tidak mahu layananmu."

     Setelah itu kedengaran suara yg berkata :"Wahai Ridhwan, aku Maha Mengetahui apa apa yg ada dalam dirinya, namun demikian tanyalah kepada dirinya sendiri, dengan demikian kamu dapat mengetahui sebabnya."

       Lalu malaikat Ridhwan bertanya :"Kenapakah kamu tidak mahu masuk ke syurga, dan kenapa pula kamu hendak masuk ke neraka?"

     Berkata org itu :"Aku tidak mahu masuk ke syurga sebab org yg derhaka kepada Allah itu telah diputuskan untuk masuk ke neraka, dahulunya aku dan org yg derhaka itu adalah sahabat semasa di dunia, dia telah meminta pertolongan dari aku supaya menyelamatkannya dari api neraka. Oleh kerana aku tiada kuasa untuk berbuat demikian maka aku fikir lebih baik aku masuk ke dalam neraka supaya sama sama disiksa di dalam neraka."

     Kemudian kedengaran seruan dari Allah Yang Maha Rahman bermaksud :"Wahai hambaku, kamu dengan kelemahanmu tidak suka melihat sahabatmu itu masuk ke dalam neraka, sebab dia telah berkenalan denganmu di dunia hanya sebentar dan dia pun mengetahuimu dan menemanimu hanya beberapa hari sahaja, maka bagaimanakah aku merelakan kamu hambaku masuk neraka sedangkan kamu telah mengetahui aku selama umurmu dan telah menjadikan aku sebagai Tuhanmu selama 70 tahun. Oleh itu pergilah kamu ke dalam syurga bersama dengannya dan aku telah mengampuninya dan ku serahkan dia kepadamu."



Rujukan : Himpunan Kisah kisah Melayu 
                   

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...